Ganoderma lucidum adalah sejenis cendawan yang terdiri daripada lebih 250 spesis. Ia dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat. Orang Melayu panggilnya cendawan merah, orang China memanggilnya lingzhi manakala orang Jepun menyebutnya sebagai ‘reishi’ dan Korea namanya ‘yeongji’. Menurut bahasa Greek, ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit.
Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.
Bagaimana Ganoderma Berfungsi?
Selepas pengambilan Ganoderma, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma dan tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:
- Mengesan (1-30 hari) Kandungan aktif Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit.
- Membersih - menyahtoksin (1-30 minggu) Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan tanda-tanda proses menyahtoksin sedang berlaku ke atas tubuh badan.
- Menyeimbang (1-12 bulan) Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.
- Membaikpulih (6-24 bulan) Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.
- Awet Muda (1-3 tahun) Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.
Ganoderma berkesan bagi membantu dalam Penyakit Moden dan bertindak sebagai :
- Agen anti radang
- Anti tumor
- Anti kanser
- Anti oksidan
- Anti bakteria
- Anti virus
- Membantu menurunkan paras kolestrol darah
- Agen penyahtoksin badan
Apa kata pakar tentang Ganoderma Lucidum?
Adalah benar bahawa Ganoderma adalah penyelamat daripada penyakit-penyakit moden dan sejenis 'ubat universal' untuk semua penyakit.
Oleh: Yukio Naoi dari Universiti Kyoto, Institut Sain Pemakanan
Sakit kepala dan bahu disebabkan oleh darah tinggi dan arteriosklerosis sumbuh sepenuhnya dan tekanan darah juga dapat diturunkan.
Oleh: En. Isao Tani, Institut Kajian Perubatan, Universiti Kinki.
Ia juga berkesan dalam melancarkan peredaran darah (cerebral vascular abstruction), cardiac infraction, strok (cerebral apoplesy) dan sakit pada pertengahan dada (angina pectoris).
Oleh: En. Uebara Kioshi, Universiti Kinki
Ianya berkesan dalam mengubati penyakit hepatitis yang teruk atau hati yang tidak berfungsi (liver disfunction).
Oleh: Dr. Mitsui Hashimoto, Hospital Hashimoto.
Sakit Gastrik, Gastrik Ulser, Ulser Perut (Duedenal Ulcer) dan lain-lain boleh disembuhkan dengan segera.
Oleh: Dr. Taro Tamura, Universiti Kinki
Memakan Ganoderma bersama dengan chemotherapy boleh memberi kesan yang baik bagi pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan buah dada, kanser usus atau kanser gastrik.
Oleh: Dr. Hiroshi Kawai, Universiti Kinki
Ganoderma juga berkesan bagi mengubati saluran varikos (varicose veins) di atas pinggang dan bahu, rheumatism tangan dan lutut. Ianya juga boleh menyembuhkan sciatica.
Oleh: Dr. Taro Kiyobara, Hospital Pembedahan Plastik dan Pemulihan
Ganoderma juga berkesan untuk mengubati masalah sakit puan (gynaecologital problems), misalnya senggugut, vertigo, putus haid.
Oleh: Yoshinori Imanishi, Hospital Gynecology dan Obestetrics di Imanish
0 Comments